Thursday, October 28, 2010

Nayah Sudah Pandai Doodle....

Alkisahnya dua hari lepas saya nampak Nayah tengah kerut kerut muka pegang pen mengadap satu buku saya. Saya pun datangla tgk apa projek dia. Rupanya dia nak tiru tulisan kaligrafi Cina kat depan mukasurat buku tu. Tiru punya tiru tetap tak jadi sebab tangan pegang pen pun bengkok lagi.
Saya pun bagi dia kertas sehelai n krayon sekotak. Kertas tu habis dilunyainya kena conteng dgn pen. Krayon?
Masuk mulut buat snek. Terus tarik balik....

Thursday, October 7, 2010

Nayah Semakin Nakal....

Dairy-free chocolate cupcake utk Nayah. Suka sangat dia... Al maklumlah dia kan tabole mkn kek kedai sbb ada butter n milk. So saya buat utk dia. Satu adunan dpt 50 pcs (lebih kurang).



Dah lama tak menulis. Sbb bizi dgn kehidupan harian bersama Nayah yang semakin terserlah kenakalannya. Habis semua tempat diselongkar, dipanjat, macam macam lagi. Lasak mengalahkan budak lelaki.


Tadi ternampak poster promo filem Narnia baru, Voyage of the Dawn Treader. Terus bagitau suami saya filem Narnia baru nak kuar Disember ni. Dia tanya Dawn Treader tu apa. Saya pun tatau so gi lah google. Ropenyer Dawn Treader tu nama kapal King Caspian X. So maknanye cerita ni ada kaitan dgn pelayaranlah.


Saya memang suka dgn cite cite ngarut nih. Tambah lagi ngan CGI yang gempak lagi semangat nak nengoknyer. Cite animasi, cite dongeng, cite adventure, cite komedi saya memang suke nengok. Klu cite yang serius saya suke tgk dvd kat rumah. Cite sedih n romantik saya tak suke. Geli.... sbb nanti ada kuar dialog yang meraban tu dari sedih n romantik terus saya gelak. Serius....


Dulu masa bujang saya secara puratanya tgk wayang seminggu sekali. Paling kurang pun dua kali sebulan. Selalunya saya tgk petang lepas kerja sebelum off day. Kira lepas tension kerja seminggu la. Skang ni mana nak dapat lagi tgk wayang seminggu sekali. Wayang last saya tgk was Tropic Thunder. Brapa lama dah weh.. Ni dah 2010....


Anyway.......


Suami saya nanti tgk sorang je la dawn treader tu... Nayah bayah tu mana nak letak.. Klu ada poket macam kanggaru bole la bawak....


Friday, September 24, 2010

Nak update ke tanak?

Nayah sedang berbaring baring. Yang di sebelah kaler hitam tu lengan baju Ibu.


Kalau takde apa-apa perkembangan nak update blog gak ke? Klu nak update gak nak tulis apa klu takde ape yang berlaku? Nak tulis pasal Nayah?


Emmmm.... nak tulis apa pasal Nayah? Sbb sume benda dia dah buat, tinggal belum membaca, menulis dan mengira je. So for the time being unless klu dia ada buat sesuatu yang memeningkan kepala saya or buat something yang cute no update on her lah.

I feel kinda annoyed right now.... with someone I couldn't just tell off. Frustrating tau... Tu yang takde semangat....
Grrrr..... I'll just let myself cool down for a while. For a long while....

Tuesday, September 21, 2010

Back in KL

Nayah menyandar kat Ibu dia. Yang super besar tu adalah montot dan lengan Ibu die...
BALIK KL TAK BEST SEBAB:
  • takde mak
  • takde family yang lain
  • takde baby Alya yang comel gile tu... (terbayang kat die bila ada dgr baby nangis)
  • kena layan Nayah sensorang; takde Wik, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ude, Mak Ude nak tolong layan die... penat
  • rasa sunyi sangat

BALIK KL BEST SEBAB:

  • ........

BALIK KL BOLEH TAHANLAH SEBAB:

  • saya boleh masak ikut citarasa saya
  • tak payah keluar rumah bila nak jemur baju (takyah pakai tudung)
  • bole gi kedai bila bila n sesuka hati (sbb KL kan banyak kedai yg best best)
  • saya boleh buat aktiviti harian ikut masa dan kehendak sendiri, tak payah fikir org lain

Tapi memang sebenarnya saya tak suka duduk KL. Mungkin sebab bukan tempat lahir saya, tempat saya membesar. Raub jugak yang best walaupun kalau nak diikutkan Raub pun dah bukan tempat saya sebab saya dah lama sangat tak menetap kat Raub. So, sebenarnya mana tempat saya? Tak kisahlah kan.... yang penting Nayah ada di sisi saya. Love you my dotter....

Monday, September 20, 2010

Sippy Cup Baru

Nayah ada sippy cup baru, Mak Ude belikan... actually bukan sippy cup pun, but sucky cup sebab ada straw. Nayah suke, so bye bye bottle... bagus tak de lagi air tumpah atas lantai sebab Nayah picit botol dia.
Actually, banyak benda nak cerita tapi sibuk nak packing barang balik KL mlm ni.... And Alya also seems to develop a liking for me... Macam mak die? Rasanya tak coz I'm so much fatter.... Ha ha ha... later I story after balik KL away from the hectic life in Raub.....

Friday, September 10, 2010

1 Syawal

Nayah beraya dgn gembiranya bersama Ayah

Nayah bergelak ketawa dengan Ibu


Selamat hari raya Aidilfitri..... Tahun ni saya dan Nayah balik beraya di Raub. Semalam Ayah sampai dari KL tapi dah balik petang tadi (ptg raya) sebab malam ni keje. Saje balik lepas rindu kat Mamy Nayah Bizzy Bee. Bukan main happy lagi Bizzy Bee bila nampak Ayah semalam. Asyik nak main dgn Ayah je tammau main dgn Ibu. Bila nak tido n nenen baru cari mak die.

Hari ni ramai saudara mara dtg melawat. Sibuk la si Bizzy Bee tu main dengan sedara mara yang dia tak kenal tu tapi buat buat macam kenal. Mak Su satu family dtg (minus Azwari sbb kena keje) bawak Baby Kaiyisah. Nayah suka betul tengok Baby tu. Geram sampai ketap ketap bibir dia tgk Baby Kaiyisah. Cium cium dari kepala sampai kaki..... he he he....

Anyway menu hari ni: nasi impit, kuah kacang, rendang daging, sup tulang n nasi hujan panas tanpa pelangi (speciality mak saya). Lemang order tarak sampe woooo. Keciwa.....

Menu sok: Lontong, sambal udang, rendang daging, nasi (tak tau nasi apa lagi), and probably a chicken dish (kurma or curry, something with gravy)


Wednesday, September 8, 2010

Kasut Raya Nayah

Dua hari lepas Wik belikan Nayah kasut baru. Kasut yang ada bunyi bunyi tu.... So sejak dia mendapat hadiah tersebut dia telah memakainya sepanjang hari; tidak kira di dalam mahupun di luar rumah. Alkisahnya satu rumah bergema dgn bunyi bunyian yang amatlah membingitkan. So annoying.... Lebih annoying daripada bunyi mercun yang dibakar oleh budak sebelah rumah....
Disebabkan dia sudah ada kasut baru yang lebih menarik hati, kasut yang saya beli untuk dia telahpun dilupakan. Meskipun kasut tu lebih cantik dan lebih mahal daripada kasut baru bunyi bunyi dia tu... Almaklumlah budak kecik, pantang dapat yang baru yang lama terus lupa...
Sekarang ni Nayah baru keluar ke halaman nak main petang dgn Wik dia. Saya? Hummmm... kalau d kampung Nayah tak pandang saya. Kecuali masa nenen. So saya boleh rehat dan update blog dean tgk tv dan tido dan bersenang lenang....
Two things happened these last few days:
1. Gigi Nayah no 8 dah tumbuh
2. Dah pandai cakap nak berak. Hari ni dua hari dia cakap beyak, beyak and within half an hour dia berak. Nak ajar dia pakai potty tak bawak pulak tinggal kat KL. Nak beli lain rasa membazir la pulak. Takpela nanti balik rumah kita toilet train Bizzy Bee.

Saturday, September 4, 2010

Balik Kampung....

Semalam lebih kurang pukul sebelas pagi saya bertolak dari rumah saya di Pandan Jaya menuju ke kampung saya di Raub, Pahang Darulmakmur bersama dengan adik saya. Balik kampung lah kiranya ni.... Suami saya terpaksa bekerja pada hari raya ini (AGAIN!) so saya ambik keputusan untuk balik beraya sendiri. Tak sanggup dah melangu sensorang kat rumah time bila dia tgh kerja. Tambah pulak mak saya beraya sorang tahun ni. Dua dua adik saya beraya kat kampung wife diorang.
Semalam sampai, biasa jer... Hari ni dah boring. Sebab kat kampung ni tatau nak buat apa. Klu kat rumah sendiri tau je apa nak buat. Masak, buat kuih, basuh baju, layan Bizzy Bee. Kat kampung Bizzy Bee tak kisah kat ibu dia sangat. Ibu boring.......
Hoh.... Takde apa dah nak cakap rasanya... Tunggulah dua tiga hari kat sini baru kita story story yek.... Tata....

Thursday, September 2, 2010

Kuih Akok...

Kuih akok... Dah lame dgr pasal cite kuih ni tp br semalam merasanye. The verdict? Amatlah sedap walaupun rupanya amatlah hodoh... Nayah pun suke.... (gambar kat atas tu gambar kuih akok yang dibeli lagi hari ini. tangan kecil itu adalah tangan Mamy Nayah Bizzy Bee).
Dekat sebulan saya tak blog, bcoz malas nak ngadap laptop bile bnyk lagi kerja lain nak buat... seperti.. buat kuih raya dan pre-cook rendang n kuah kacang for raya. Tapi memang colourful gile Ramadhan saya kali ni.
Antaranya:
1. Saya masak tiap -tiap hari sepanjang Ramadhan ni - so far (ada dua hari tapau lauk sbb bizi buat kuih raya, tapi yang lainnya mmg masak sendiri. Pengalaman kali pertama tu sempena kali ketiga saya berpuasa selepas bergelar isteri. First puasa (2008) mabuk mabuk mengandungkan Mamy Nayah Bizzy Bee. Second puasa (2009) sibuk dgn Mamy Nayah kecik lagi.
2. Bizzy Bee jatuh kusi sampai kena jumpa doktor. Gini citanya. Bizzy Bee panjat kusi. Bizzy Bee berdiri atas kusi. Bizzy Bee nak naik atas meja. Bizzy Bee tergelincir lalu tejatuh. Bizzy Bee nangis. Bizzy Bee kena usung gi klinik. Nasib baik tak pape. Semuanya berlaku dalam kurang daripada 5 saat. Tak sempat nak kejar n tangkap dia.
3. Wik dan Alya dtg bukak puasa kat rumah (macamlah Alya puasa, he he he...) Masa Amin ngan Sarmila ada Alya ok je bila Nayah jerit jerit, siap mengekek lagi. Tapi bila mak ayah dia kuar gi Sogo, pantang Nayah menjerit Alya mesti nangis. Kaw kaw punya....
4. Banyak lagi actually tapi kita sambung di lain masa. Nak packing baju sok balik Raub. Ini taun raya kampung maaaaa......

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan....


Hari ni hari pertama berpuasa. Alhamdulillah.... selesai satu hari. Tapi yang tak bestnyer... tadi masa nak gi ambil wuduk solat maghrib, terperasan yang I period. Waaa.... so tomorrow cuti ler jawabnyer.
Nayah mengamuk sikit petang tadi sebab stok susu kurang. Nak buat macam mana sayang Ibu puasa. Takpe la Nayah pun dah makan solid food tak lapar kan? Cuma susu tak banyak le. Takpe esok Ibu ada susu Ibu tak puasa.
Hari ni tadi masak banyak jugak la untuk buka puasa. Last last Ayah makan sikit je. Bila tanya dia kata sebab puasa tak bole makan banyak sangat. Makan sikit dah kenyang. So tomorrow no more masak banyak banyak k. Makan je la apa yang ada.
Ayah tengah terawih ni Nayah tengok tv. Oppssss... dia dah merengek nak nenen agaknya. Ok Nayah let's go.....

Membantu Ibu


Semalam saya buat tat nenas. Sebelum bakar tat tu saya sapu telur kat atas tat. Saya pegi la panaskan oven untuk bakar tat yang dah di glaze dengan telur. Bila saya datang semula ke meja kerja saya, Nayah dah tarik keluar kerusi, panjat naik kerusi tu, and tengah sapu telur atas a fresh batch of unbaked tarts.... Saya pun terus angkat dia turun kerusi. Berdebar saya dibuatnya. Kalau saya lambat sikit tadi mesti jatuh budak tu.
Nayah, Nayah.... Tak payah la tolong ibu Nayah kecik lagi. Nanti dah besar tolong la banyak mana pun yang Nayah nak.....
Hari ni pulak tadi dia meragam taknak pakai pampers. Mengamuk suruh tanggalkan pampers dia. So pakaikan je la spender kecik utk dia. Kang tido pakaikan pampers balik, he he he.....
But that got me to think.... Is it time for me to toilet train her? Kalau ya alhamdulillah..... Jimat duit pampers. Potty pun saya dah beli untuk toilet training dia.

Monday, August 9, 2010

Peha Ayam Gondol

Semalam Ayah teringin makan KFC, so gi la beli. Yang 5-piece plate tuh, sebab nak tamau makan sides dia so rugi klu beli set. Masa kitorang tgh makan ayam tu Ibu suapkan Nayah bubur. Ayah siat siat ayam kasi Nayah makan. Cepat jer dia kunyah. So Ibu pun kata kat Ayah:
"Bagi je la dia seketul peha tu,"

Ayah kata:
"Nanti buang je kita yang penat nak cari dia sumbat kat mana ayam tu,"

Ibu kata:
"Takpela biar dia belajar makan sendiri,"

So Ibu pun bagi satu peha ayam kat Nayah. Nayah terima dengan gembiranya. Tak sampai setengah jam habis gondol peha ayam tu...... Ibu pun happy sebab Nayah dah jadi big girl.....

Dah habis semangkuk bubur, tambah lagi peha ayam dengan biskut... Pas tu apa lagi tergolek tido la budak nakal tu.....

Saturday, August 7, 2010

Darah... lagi T___T


Kan khamis malam jumaat ari tu Nayah luka gusi sbb jatuh, kannn.... Luka gusi tu kecik je so cepat la sembuhnya. Biasa la klu luka nak baik kan gatal gatal sikit.. So tak heranlah klu anak I ni nak garu tempat luka tu walaupun luka tu dalam mulut kan.....

Tapi tak tau la nape... nak tau dia garu kat mana? Dia garu tempat gatal tu kat bucu rak buku. Malas agaknya nak basahkan tangan dia ngan air liur terus dia tenyeh gusi dia kat rak buku.

Apa lagi la kan.... Meraung lagi la.... Berdarah lagi banyak dari masa luka original ari tu. Tak tau le nak cakap ape dah. Ayah dia pujuk, saya cuma lap je lah darah yang menitik tu. Dah tak kuasa nak cakap apa. Dia sendiri yang buat....

Pastu nak bagi pujuk dia lagi saya pun bagi la dia makan satu lagi fruttare. Tapi kali ni yang kiwi punya. Rupa memang tak cantik langsung tapi rasa sangat sedap. So tak jadi bagi Nayah makan yang kiwi saya bukak satu lagi fruttare yang strawberry punya. He he he.....

Nayah makan ice lolly tu sendiri. Pegang sendiri, jilat sendiri, letak atas lantai pun sendiri. Ada la separuh dia makan. Yang lebih tu dia kasi Ibu makan. pastu nangis sebab tangan kaki sume lekit. So mandilah kita....

Skang I tgh bagi dia dinner. Budak ni klu makan memang no 1. Tapi tak besar besar jugak... Herannnn......

Friday, August 6, 2010

Berdarah.....


Semalam budak nakal sibuk sibuk buat kecoh dalam bilik. Panjat sana, panjat sini pastu tiba tiba terdengar bunyi cam nangka busuk jatuh.... Ayah terus lari tgk budak nakal. Budak nakal nangis terus peluk Ibu.....

Budak nakal nangis sampai nampak anak tekak. Ibu nampak ada merah merah celah gigi... Mulut budak nakal berdarah......

Budak nakal nangis mintak susu (nak cover salah sendiri sebab jatuh kan, pura pura nangis lapar). Bagi susu sikit pas tu tak nak dah... Pedih kot mulut tu luka. Nangis semula Ibu tgk darah ada lagi dalam mulut. Ibu suruh budak nakal bukak mulut nak tgk luka macam mana. Budak nakal tak bagi Ibu tgk. So cam na?

Ibu suruh Ayah pegi kedai jap beli ice lolly nak bagi budak nakal hisap. Kasi ice tu reduce swelling skit. Ayah beli Fruttare Strawberry (with real fruit juice, 60 kCal only), he he he... Budak nakal pun hisap la ice lolly tu. Sbb jusnye merah dia dah tak sedar mulut dia berdarah...

Pastu budak nakal tertido... Ibu pun tgk la mulut budak nakal tu mana yang luka. Sikit je kat gusi. Nasib baik tak patah gigi.

So, baki fruttare tu? Ibu la yang bantai... Sedap gak, macam makan jus buah beku. Masam tapinyer.... Yang penting takde dairy products so budak nakal bole makan....

Pagi ni lepas budak nakal mandi Ibu pakaikan baju kurung yang Wik buat untuk kawin Pak Ude. Ibu suruh dia insaf kenakalan diri semalam. Did she listen to Ibu?

Nooooooo..... lps mandi terus panjat sana sini lagi... Ahhh.... pening ibu tau.... Ape apelah.... Huh, penat. But I love my budak nakal anyway.

Till then.

Thursday, August 5, 2010

15 months..... and counting


Nayah turns 15 today... Yeah, 15 months. Sangat aktif dan cergas, but a bit ringan. (I tak suka guna perkataan underweight or overweight, grrrr don laik). She's small, but her Ayah is small too. My mom and relatives suma cakap saya pun kecik jugak masa baby, tp pastu mengembang bila masuk tadika. I hope she will too.

Nayah masih tido sekarang ni. Letih agaknya. Semalam main dengan Ayah sampai malam. Boleh la saya buat kerja sikit pagi ni: masak sarapan, jemur baju, kemas rumah, etc.... Hari ni nak buat mi goreng dah lame tak makan mi goreng.....

Baru nak buat mi goreng tiba tiba Nayah bangun. Muka cam cipan (Isila lihat sebelah). Tapi thankfully Hi-5 tgh on air, so, problem solved, he he he....

So bila little teddy ni bangun maknanya I kena off line le dulu kan.. So, till next time...

Sunday, August 1, 2010

Sampai Dah...




Baru sampai dari kampung. Pagi tadi tiba-tiba adik bongsu saya call, katanya nak balik kg hari ni. Balik hari. So I ikut jer lah. Sbb nak tgk anak adik saya yg sorang lagi. Lama tak jumpa dia.

Nama anak adik saya tu Alya. Umur dia nak masuk 4 bulan. Last jumpa dia masa umur dia 2 bulan. Alya pun sama macam Nayah, dua-dua anak sulung.

Satu hari di kampung Nayah main puas-puas. Tak larat nak jaga. tapi takpe isteri adik bongsu saya suka jaga Nayah. Saya doakan dia cepat dapat baby jugak. Nanti Nayah dan Alya ada kawan baru. (dia penat sangat bila sampai rumah tak mau amik gambar)

Adik beradik saya tak ramai, tiga orang je. Saya yang sulung, yang kedua dan ketiga lelaki. Semua dah kawin. Adik bongsu saya baru kawin tahun ni. Harap cepat dapat baby, tambah bilangan ahli keluarga.

Anyway......
Bila dah balik kg time musim buah ni bedal buah la jawabnya... Durian n rambutan. Makan tak banyak, tapi sbb ulas durian D24 tu gomok gomok, senak jugak perut dibuatnye. Sudahnye tadi dinner tak makan. Skang lapar pulak.....
Tunggu jer Ayah Nayah balik suh die tapau nasik kat luar, he he he.... :-)












Big Girl!

Hari ni Nayah ada pencapaian baru. Dia dah boleh naik tangga sendiri unassisted. Tak pegang railing and tak pegang anak tangga. Dia angkat kaki sampai lutut dekat muka, pas tu panjat anak tangga satu satu.

Three steps je la. Tak pe esok panjat lagi kan, Nayah.

Nayah mula meniarap umur tiga bulan. Just before empat bulan dia dah berguling (ke kiri sahaja, ke kanan dia tak pandai. Maybe sbb dia kidal). Umur lima bulan dia merayap ke depan pulak, tapi belum merangkak. Nayah merangkak umur tujuh bulan lebih. Lapan bulan dah boleh bangun pegang kerusi. Dan umur dia sepuluh bulan dia mula berjalan. Sebelas bulan dia berlari lari jatuh. Skang dah terer takde jatuh dah.

Penat jaga dia, tapi sangat seronok. And today another milestone. Dah boleh panjat tangga. Sila tgk muka budak yang puas hati di sebelah... Puas hati sebab dia rasa dia dah jadi big girl......

Nayah is a small kid. Badan dia ringan, maybe that's why dari segi pergerakan dia cepat. Masalahnya ibu dia gomok, payah nak kejar. Tak kurus kurus walaupun jaga anak and full breastfeed anak. Doc pun pelik...

"Hairan juga ye awak tak kurus kurus. Anak menyusu badan jer..."

Saya jawab:
"Lemak saya lemak abadi doc, takkan terhakis,"

Skang tengah makan bubur ikan bilis+bawang goreng kegemaran dia. Muka dia macam nak tido sbb letih main tadi. Takpe makan dulu lps tu kita nap yer. Ibu banyak kerja nak buat ;-).

Happy Anniversary...!

Hari ni anniversary kedua saya dan husband saya. Tak celebrate pun, just like any usual Sunday:

Breakfast Nasi Lemak + Ayam Goreng. Saya minum nescafe ais (gambar di sebelah saya tgh minum air saya dari mug gergasi), suami saya minum nescafe tarik.

Nadiah merengek nak turun main kat playground. Nak suruh Ayah bawak dia main lari lari keliling padang. Saya tak larat nak kejar weh... Mengah. Dia lari macam lipas kudung. Biar Ayah je la ye... Boleh saya kemas rumah sikit. He he he.........

Tgk ticker Daisypath saya kat bawah (yang gambar bunga rose dengan slider ladybug yang cute tu... "We have been married for two years"... :->







Thursday, July 29, 2010

Breastfeeding.... Sampai Bila?

Nayah baru lepas makan. Tu gambar mangkuk dia yang hampir licin. Skrg tgh main main....

Saya breastfeed Nayah daripada dia lahir sampai sekarang. Maknanya... sila lihat ticker di sebelah ;). Memang saya bercadang nak bagi dia breast milk secara eksklusif. Tapi saya ada juga try bagi susu formula untuk supplement.

What did I found out? My Nayah is allergic to cow's milk.... As most of the baby's formula available are made of cow's milk, memang susah la kan..... So I tried yang soy-based... No allergy, but Nayah hated the taste.

So macam mana? Maybe when the time comes for me to wean her out of breast milk her allergy will go away. Sbb earlier Nayah allergic to wheat and potatoes but eventually the allergy went away. Skrg dia boleh makan wheat and potato products. Klu tak jugak....?

Susu kambing? Kot nyer lah.... Tapi mahalllll..... T_____T. Poor ibu....

Oh oh Nayah dah merengek nak nap agaknya... K entry utk ari ni.... selesai... ;)

First Post.... Ever!


Kitorang baru lepas breakfast... French toast... Nayah makan sikit je. Mungkin tunggu bubur kot... Tgh syok tgk Hi-5, goyang goyang, joget joget, lompat lompat... He he he.....
Tadi sy on channel lain dia merengek kat saya. Saya mula ingat sebab apa tapi lepas saya tukar channel terus dia diam and duduk depan tv. Nak tengok Hi-5 rupanya... Dah tau memerintah budak kecik ni....
Hari ni Nayah mandi awal pukul 6 pagi sebab berak. Klu tak selalunya mandi pukul 8 to 8.30 pagi.... Dia tak selesa and tarik tarik pampers suruh ibu tukar...
Bubur nasi Nayah atas dapur sambil tunggu saya online jap. Sementara dia khusyuk dgn Hi-5 dia. After 9 pagi mmg takleh nak online dah. Bizi sampai ptg dgn dia and housework, and my work...