Sunday, August 1, 2010

Big Girl!

Hari ni Nayah ada pencapaian baru. Dia dah boleh naik tangga sendiri unassisted. Tak pegang railing and tak pegang anak tangga. Dia angkat kaki sampai lutut dekat muka, pas tu panjat anak tangga satu satu.

Three steps je la. Tak pe esok panjat lagi kan, Nayah.

Nayah mula meniarap umur tiga bulan. Just before empat bulan dia dah berguling (ke kiri sahaja, ke kanan dia tak pandai. Maybe sbb dia kidal). Umur lima bulan dia merayap ke depan pulak, tapi belum merangkak. Nayah merangkak umur tujuh bulan lebih. Lapan bulan dah boleh bangun pegang kerusi. Dan umur dia sepuluh bulan dia mula berjalan. Sebelas bulan dia berlari lari jatuh. Skang dah terer takde jatuh dah.

Penat jaga dia, tapi sangat seronok. And today another milestone. Dah boleh panjat tangga. Sila tgk muka budak yang puas hati di sebelah... Puas hati sebab dia rasa dia dah jadi big girl......

Nayah is a small kid. Badan dia ringan, maybe that's why dari segi pergerakan dia cepat. Masalahnya ibu dia gomok, payah nak kejar. Tak kurus kurus walaupun jaga anak and full breastfeed anak. Doc pun pelik...

"Hairan juga ye awak tak kurus kurus. Anak menyusu badan jer..."

Saya jawab:
"Lemak saya lemak abadi doc, takkan terhakis,"

Skang tengah makan bubur ikan bilis+bawang goreng kegemaran dia. Muka dia macam nak tido sbb letih main tadi. Takpe makan dulu lps tu kita nap yer. Ibu banyak kerja nak buat ;-).

No comments:

Post a Comment