Friday, September 24, 2010

Nak update ke tanak?

Nayah sedang berbaring baring. Yang di sebelah kaler hitam tu lengan baju Ibu.


Kalau takde apa-apa perkembangan nak update blog gak ke? Klu nak update gak nak tulis apa klu takde ape yang berlaku? Nak tulis pasal Nayah?


Emmmm.... nak tulis apa pasal Nayah? Sbb sume benda dia dah buat, tinggal belum membaca, menulis dan mengira je. So for the time being unless klu dia ada buat sesuatu yang memeningkan kepala saya or buat something yang cute no update on her lah.

I feel kinda annoyed right now.... with someone I couldn't just tell off. Frustrating tau... Tu yang takde semangat....
Grrrr..... I'll just let myself cool down for a while. For a long while....

Tuesday, September 21, 2010

Back in KL

Nayah menyandar kat Ibu dia. Yang super besar tu adalah montot dan lengan Ibu die...
BALIK KL TAK BEST SEBAB:
  • takde mak
  • takde family yang lain
  • takde baby Alya yang comel gile tu... (terbayang kat die bila ada dgr baby nangis)
  • kena layan Nayah sensorang; takde Wik, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ude, Mak Ude nak tolong layan die... penat
  • rasa sunyi sangat

BALIK KL BEST SEBAB:

  • ........

BALIK KL BOLEH TAHANLAH SEBAB:

  • saya boleh masak ikut citarasa saya
  • tak payah keluar rumah bila nak jemur baju (takyah pakai tudung)
  • bole gi kedai bila bila n sesuka hati (sbb KL kan banyak kedai yg best best)
  • saya boleh buat aktiviti harian ikut masa dan kehendak sendiri, tak payah fikir org lain

Tapi memang sebenarnya saya tak suka duduk KL. Mungkin sebab bukan tempat lahir saya, tempat saya membesar. Raub jugak yang best walaupun kalau nak diikutkan Raub pun dah bukan tempat saya sebab saya dah lama sangat tak menetap kat Raub. So, sebenarnya mana tempat saya? Tak kisahlah kan.... yang penting Nayah ada di sisi saya. Love you my dotter....

Monday, September 20, 2010

Sippy Cup Baru

Nayah ada sippy cup baru, Mak Ude belikan... actually bukan sippy cup pun, but sucky cup sebab ada straw. Nayah suke, so bye bye bottle... bagus tak de lagi air tumpah atas lantai sebab Nayah picit botol dia.
Actually, banyak benda nak cerita tapi sibuk nak packing barang balik KL mlm ni.... And Alya also seems to develop a liking for me... Macam mak die? Rasanya tak coz I'm so much fatter.... Ha ha ha... later I story after balik KL away from the hectic life in Raub.....

Friday, September 10, 2010

1 Syawal

Nayah beraya dgn gembiranya bersama Ayah

Nayah bergelak ketawa dengan Ibu


Selamat hari raya Aidilfitri..... Tahun ni saya dan Nayah balik beraya di Raub. Semalam Ayah sampai dari KL tapi dah balik petang tadi (ptg raya) sebab malam ni keje. Saje balik lepas rindu kat Mamy Nayah Bizzy Bee. Bukan main happy lagi Bizzy Bee bila nampak Ayah semalam. Asyik nak main dgn Ayah je tammau main dgn Ibu. Bila nak tido n nenen baru cari mak die.

Hari ni ramai saudara mara dtg melawat. Sibuk la si Bizzy Bee tu main dengan sedara mara yang dia tak kenal tu tapi buat buat macam kenal. Mak Su satu family dtg (minus Azwari sbb kena keje) bawak Baby Kaiyisah. Nayah suka betul tengok Baby tu. Geram sampai ketap ketap bibir dia tgk Baby Kaiyisah. Cium cium dari kepala sampai kaki..... he he he....

Anyway menu hari ni: nasi impit, kuah kacang, rendang daging, sup tulang n nasi hujan panas tanpa pelangi (speciality mak saya). Lemang order tarak sampe woooo. Keciwa.....

Menu sok: Lontong, sambal udang, rendang daging, nasi (tak tau nasi apa lagi), and probably a chicken dish (kurma or curry, something with gravy)


Wednesday, September 8, 2010

Kasut Raya Nayah

Dua hari lepas Wik belikan Nayah kasut baru. Kasut yang ada bunyi bunyi tu.... So sejak dia mendapat hadiah tersebut dia telah memakainya sepanjang hari; tidak kira di dalam mahupun di luar rumah. Alkisahnya satu rumah bergema dgn bunyi bunyian yang amatlah membingitkan. So annoying.... Lebih annoying daripada bunyi mercun yang dibakar oleh budak sebelah rumah....
Disebabkan dia sudah ada kasut baru yang lebih menarik hati, kasut yang saya beli untuk dia telahpun dilupakan. Meskipun kasut tu lebih cantik dan lebih mahal daripada kasut baru bunyi bunyi dia tu... Almaklumlah budak kecik, pantang dapat yang baru yang lama terus lupa...
Sekarang ni Nayah baru keluar ke halaman nak main petang dgn Wik dia. Saya? Hummmm... kalau d kampung Nayah tak pandang saya. Kecuali masa nenen. So saya boleh rehat dan update blog dean tgk tv dan tido dan bersenang lenang....
Two things happened these last few days:
1. Gigi Nayah no 8 dah tumbuh
2. Dah pandai cakap nak berak. Hari ni dua hari dia cakap beyak, beyak and within half an hour dia berak. Nak ajar dia pakai potty tak bawak pulak tinggal kat KL. Nak beli lain rasa membazir la pulak. Takpela nanti balik rumah kita toilet train Bizzy Bee.

Saturday, September 4, 2010

Balik Kampung....

Semalam lebih kurang pukul sebelas pagi saya bertolak dari rumah saya di Pandan Jaya menuju ke kampung saya di Raub, Pahang Darulmakmur bersama dengan adik saya. Balik kampung lah kiranya ni.... Suami saya terpaksa bekerja pada hari raya ini (AGAIN!) so saya ambik keputusan untuk balik beraya sendiri. Tak sanggup dah melangu sensorang kat rumah time bila dia tgh kerja. Tambah pulak mak saya beraya sorang tahun ni. Dua dua adik saya beraya kat kampung wife diorang.
Semalam sampai, biasa jer... Hari ni dah boring. Sebab kat kampung ni tatau nak buat apa. Klu kat rumah sendiri tau je apa nak buat. Masak, buat kuih, basuh baju, layan Bizzy Bee. Kat kampung Bizzy Bee tak kisah kat ibu dia sangat. Ibu boring.......
Hoh.... Takde apa dah nak cakap rasanya... Tunggulah dua tiga hari kat sini baru kita story story yek.... Tata....

Thursday, September 2, 2010

Kuih Akok...

Kuih akok... Dah lame dgr pasal cite kuih ni tp br semalam merasanye. The verdict? Amatlah sedap walaupun rupanya amatlah hodoh... Nayah pun suke.... (gambar kat atas tu gambar kuih akok yang dibeli lagi hari ini. tangan kecil itu adalah tangan Mamy Nayah Bizzy Bee).
Dekat sebulan saya tak blog, bcoz malas nak ngadap laptop bile bnyk lagi kerja lain nak buat... seperti.. buat kuih raya dan pre-cook rendang n kuah kacang for raya. Tapi memang colourful gile Ramadhan saya kali ni.
Antaranya:
1. Saya masak tiap -tiap hari sepanjang Ramadhan ni - so far (ada dua hari tapau lauk sbb bizi buat kuih raya, tapi yang lainnya mmg masak sendiri. Pengalaman kali pertama tu sempena kali ketiga saya berpuasa selepas bergelar isteri. First puasa (2008) mabuk mabuk mengandungkan Mamy Nayah Bizzy Bee. Second puasa (2009) sibuk dgn Mamy Nayah kecik lagi.
2. Bizzy Bee jatuh kusi sampai kena jumpa doktor. Gini citanya. Bizzy Bee panjat kusi. Bizzy Bee berdiri atas kusi. Bizzy Bee nak naik atas meja. Bizzy Bee tergelincir lalu tejatuh. Bizzy Bee nangis. Bizzy Bee kena usung gi klinik. Nasib baik tak pape. Semuanya berlaku dalam kurang daripada 5 saat. Tak sempat nak kejar n tangkap dia.
3. Wik dan Alya dtg bukak puasa kat rumah (macamlah Alya puasa, he he he...) Masa Amin ngan Sarmila ada Alya ok je bila Nayah jerit jerit, siap mengekek lagi. Tapi bila mak ayah dia kuar gi Sogo, pantang Nayah menjerit Alya mesti nangis. Kaw kaw punya....
4. Banyak lagi actually tapi kita sambung di lain masa. Nak packing baju sok balik Raub. Ini taun raya kampung maaaaa......