Thursday, September 2, 2010

Kuih Akok...

Kuih akok... Dah lame dgr pasal cite kuih ni tp br semalam merasanye. The verdict? Amatlah sedap walaupun rupanya amatlah hodoh... Nayah pun suke.... (gambar kat atas tu gambar kuih akok yang dibeli lagi hari ini. tangan kecil itu adalah tangan Mamy Nayah Bizzy Bee).
Dekat sebulan saya tak blog, bcoz malas nak ngadap laptop bile bnyk lagi kerja lain nak buat... seperti.. buat kuih raya dan pre-cook rendang n kuah kacang for raya. Tapi memang colourful gile Ramadhan saya kali ni.
Antaranya:
1. Saya masak tiap -tiap hari sepanjang Ramadhan ni - so far (ada dua hari tapau lauk sbb bizi buat kuih raya, tapi yang lainnya mmg masak sendiri. Pengalaman kali pertama tu sempena kali ketiga saya berpuasa selepas bergelar isteri. First puasa (2008) mabuk mabuk mengandungkan Mamy Nayah Bizzy Bee. Second puasa (2009) sibuk dgn Mamy Nayah kecik lagi.
2. Bizzy Bee jatuh kusi sampai kena jumpa doktor. Gini citanya. Bizzy Bee panjat kusi. Bizzy Bee berdiri atas kusi. Bizzy Bee nak naik atas meja. Bizzy Bee tergelincir lalu tejatuh. Bizzy Bee nangis. Bizzy Bee kena usung gi klinik. Nasib baik tak pape. Semuanya berlaku dalam kurang daripada 5 saat. Tak sempat nak kejar n tangkap dia.
3. Wik dan Alya dtg bukak puasa kat rumah (macamlah Alya puasa, he he he...) Masa Amin ngan Sarmila ada Alya ok je bila Nayah jerit jerit, siap mengekek lagi. Tapi bila mak ayah dia kuar gi Sogo, pantang Nayah menjerit Alya mesti nangis. Kaw kaw punya....
4. Banyak lagi actually tapi kita sambung di lain masa. Nak packing baju sok balik Raub. Ini taun raya kampung maaaaa......

No comments:

Post a Comment