Tuesday, September 21, 2010

Back in KL

Nayah menyandar kat Ibu dia. Yang super besar tu adalah montot dan lengan Ibu die...
BALIK KL TAK BEST SEBAB:
  • takde mak
  • takde family yang lain
  • takde baby Alya yang comel gile tu... (terbayang kat die bila ada dgr baby nangis)
  • kena layan Nayah sensorang; takde Wik, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ude, Mak Ude nak tolong layan die... penat
  • rasa sunyi sangat

BALIK KL BEST SEBAB:

  • ........

BALIK KL BOLEH TAHANLAH SEBAB:

  • saya boleh masak ikut citarasa saya
  • tak payah keluar rumah bila nak jemur baju (takyah pakai tudung)
  • bole gi kedai bila bila n sesuka hati (sbb KL kan banyak kedai yg best best)
  • saya boleh buat aktiviti harian ikut masa dan kehendak sendiri, tak payah fikir org lain

Tapi memang sebenarnya saya tak suka duduk KL. Mungkin sebab bukan tempat lahir saya, tempat saya membesar. Raub jugak yang best walaupun kalau nak diikutkan Raub pun dah bukan tempat saya sebab saya dah lama sangat tak menetap kat Raub. So, sebenarnya mana tempat saya? Tak kisahlah kan.... yang penting Nayah ada di sisi saya. Love you my dotter....

No comments:

Post a Comment