Thursday, October 28, 2010

Nayah Sudah Pandai Doodle....

Alkisahnya dua hari lepas saya nampak Nayah tengah kerut kerut muka pegang pen mengadap satu buku saya. Saya pun datangla tgk apa projek dia. Rupanya dia nak tiru tulisan kaligrafi Cina kat depan mukasurat buku tu. Tiru punya tiru tetap tak jadi sebab tangan pegang pen pun bengkok lagi.
Saya pun bagi dia kertas sehelai n krayon sekotak. Kertas tu habis dilunyainya kena conteng dgn pen. Krayon?
Masuk mulut buat snek. Terus tarik balik....

Thursday, October 7, 2010

Nayah Semakin Nakal....

Dairy-free chocolate cupcake utk Nayah. Suka sangat dia... Al maklumlah dia kan tabole mkn kek kedai sbb ada butter n milk. So saya buat utk dia. Satu adunan dpt 50 pcs (lebih kurang).



Dah lama tak menulis. Sbb bizi dgn kehidupan harian bersama Nayah yang semakin terserlah kenakalannya. Habis semua tempat diselongkar, dipanjat, macam macam lagi. Lasak mengalahkan budak lelaki.


Tadi ternampak poster promo filem Narnia baru, Voyage of the Dawn Treader. Terus bagitau suami saya filem Narnia baru nak kuar Disember ni. Dia tanya Dawn Treader tu apa. Saya pun tatau so gi lah google. Ropenyer Dawn Treader tu nama kapal King Caspian X. So maknanye cerita ni ada kaitan dgn pelayaranlah.


Saya memang suka dgn cite cite ngarut nih. Tambah lagi ngan CGI yang gempak lagi semangat nak nengoknyer. Cite animasi, cite dongeng, cite adventure, cite komedi saya memang suke nengok. Klu cite yang serius saya suke tgk dvd kat rumah. Cite sedih n romantik saya tak suke. Geli.... sbb nanti ada kuar dialog yang meraban tu dari sedih n romantik terus saya gelak. Serius....


Dulu masa bujang saya secara puratanya tgk wayang seminggu sekali. Paling kurang pun dua kali sebulan. Selalunya saya tgk petang lepas kerja sebelum off day. Kira lepas tension kerja seminggu la. Skang ni mana nak dapat lagi tgk wayang seminggu sekali. Wayang last saya tgk was Tropic Thunder. Brapa lama dah weh.. Ni dah 2010....


Anyway.......


Suami saya nanti tgk sorang je la dawn treader tu... Nayah bayah tu mana nak letak.. Klu ada poket macam kanggaru bole la bawak....


Friday, September 24, 2010

Nak update ke tanak?

Nayah sedang berbaring baring. Yang di sebelah kaler hitam tu lengan baju Ibu.


Kalau takde apa-apa perkembangan nak update blog gak ke? Klu nak update gak nak tulis apa klu takde ape yang berlaku? Nak tulis pasal Nayah?


Emmmm.... nak tulis apa pasal Nayah? Sbb sume benda dia dah buat, tinggal belum membaca, menulis dan mengira je. So for the time being unless klu dia ada buat sesuatu yang memeningkan kepala saya or buat something yang cute no update on her lah.

I feel kinda annoyed right now.... with someone I couldn't just tell off. Frustrating tau... Tu yang takde semangat....
Grrrr..... I'll just let myself cool down for a while. For a long while....

Tuesday, September 21, 2010

Back in KL

Nayah menyandar kat Ibu dia. Yang super besar tu adalah montot dan lengan Ibu die...
BALIK KL TAK BEST SEBAB:
  • takde mak
  • takde family yang lain
  • takde baby Alya yang comel gile tu... (terbayang kat die bila ada dgr baby nangis)
  • kena layan Nayah sensorang; takde Wik, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Ude, Mak Ude nak tolong layan die... penat
  • rasa sunyi sangat

BALIK KL BEST SEBAB:

  • ........

BALIK KL BOLEH TAHANLAH SEBAB:

  • saya boleh masak ikut citarasa saya
  • tak payah keluar rumah bila nak jemur baju (takyah pakai tudung)
  • bole gi kedai bila bila n sesuka hati (sbb KL kan banyak kedai yg best best)
  • saya boleh buat aktiviti harian ikut masa dan kehendak sendiri, tak payah fikir org lain

Tapi memang sebenarnya saya tak suka duduk KL. Mungkin sebab bukan tempat lahir saya, tempat saya membesar. Raub jugak yang best walaupun kalau nak diikutkan Raub pun dah bukan tempat saya sebab saya dah lama sangat tak menetap kat Raub. So, sebenarnya mana tempat saya? Tak kisahlah kan.... yang penting Nayah ada di sisi saya. Love you my dotter....

Monday, September 20, 2010

Sippy Cup Baru

Nayah ada sippy cup baru, Mak Ude belikan... actually bukan sippy cup pun, but sucky cup sebab ada straw. Nayah suke, so bye bye bottle... bagus tak de lagi air tumpah atas lantai sebab Nayah picit botol dia.
Actually, banyak benda nak cerita tapi sibuk nak packing barang balik KL mlm ni.... And Alya also seems to develop a liking for me... Macam mak die? Rasanya tak coz I'm so much fatter.... Ha ha ha... later I story after balik KL away from the hectic life in Raub.....

Friday, September 10, 2010

1 Syawal

Nayah beraya dgn gembiranya bersama Ayah

Nayah bergelak ketawa dengan Ibu


Selamat hari raya Aidilfitri..... Tahun ni saya dan Nayah balik beraya di Raub. Semalam Ayah sampai dari KL tapi dah balik petang tadi (ptg raya) sebab malam ni keje. Saje balik lepas rindu kat Mamy Nayah Bizzy Bee. Bukan main happy lagi Bizzy Bee bila nampak Ayah semalam. Asyik nak main dgn Ayah je tammau main dgn Ibu. Bila nak tido n nenen baru cari mak die.

Hari ni ramai saudara mara dtg melawat. Sibuk la si Bizzy Bee tu main dengan sedara mara yang dia tak kenal tu tapi buat buat macam kenal. Mak Su satu family dtg (minus Azwari sbb kena keje) bawak Baby Kaiyisah. Nayah suka betul tengok Baby tu. Geram sampai ketap ketap bibir dia tgk Baby Kaiyisah. Cium cium dari kepala sampai kaki..... he he he....

Anyway menu hari ni: nasi impit, kuah kacang, rendang daging, sup tulang n nasi hujan panas tanpa pelangi (speciality mak saya). Lemang order tarak sampe woooo. Keciwa.....

Menu sok: Lontong, sambal udang, rendang daging, nasi (tak tau nasi apa lagi), and probably a chicken dish (kurma or curry, something with gravy)


Wednesday, September 8, 2010

Kasut Raya Nayah

Dua hari lepas Wik belikan Nayah kasut baru. Kasut yang ada bunyi bunyi tu.... So sejak dia mendapat hadiah tersebut dia telah memakainya sepanjang hari; tidak kira di dalam mahupun di luar rumah. Alkisahnya satu rumah bergema dgn bunyi bunyian yang amatlah membingitkan. So annoying.... Lebih annoying daripada bunyi mercun yang dibakar oleh budak sebelah rumah....
Disebabkan dia sudah ada kasut baru yang lebih menarik hati, kasut yang saya beli untuk dia telahpun dilupakan. Meskipun kasut tu lebih cantik dan lebih mahal daripada kasut baru bunyi bunyi dia tu... Almaklumlah budak kecik, pantang dapat yang baru yang lama terus lupa...
Sekarang ni Nayah baru keluar ke halaman nak main petang dgn Wik dia. Saya? Hummmm... kalau d kampung Nayah tak pandang saya. Kecuali masa nenen. So saya boleh rehat dan update blog dean tgk tv dan tido dan bersenang lenang....
Two things happened these last few days:
1. Gigi Nayah no 8 dah tumbuh
2. Dah pandai cakap nak berak. Hari ni dua hari dia cakap beyak, beyak and within half an hour dia berak. Nak ajar dia pakai potty tak bawak pulak tinggal kat KL. Nak beli lain rasa membazir la pulak. Takpela nanti balik rumah kita toilet train Bizzy Bee.